Sunday, January 12, 2014

Interview lagi dan lagi



Assalamualaikum, Hye!



Alhamdulillah. ... perut kenyang lagi. Malam ni masak ala kadar je. Tomyam malas namanya. Sebabnya taruk kiub je.


Sebenarnya tengah memikirkan interview Selasa ni. Cuti hujung minggu pun tak prepare apa lagi.


Nervous pula rasanya. Hampir 3 bulan tak rasa interview. Sejak masuk iCIMB tu. Ikutkan hati malas rasanya nak bertukar kerja ni.


Kerja di iCIMB tu pun dah cukup best dah. Kerjanya office hour. Staff semua best2. Gaji pun RM 2k keatas. Pergi kerja jalan kaki je. Dekat sangat dah. Tapi apakan daya. Contract hanya 3 bulan sahaja. Entah dapat renew ke tidak masih belum pasti.


So, sekarang ni tengah berusaha untuk dapatkan kerja yang sesuai secepat mungkin. 3 Februari ni dah nak tamat dah.


Apapun, interview kali ni kena buat yang terbaik. Antara tips2 yang aku selalu amalkan:-



1) Doa dan zikir sebelum masuk bilik interview.


2) Ringankan mulut. Dia tanya 1, aku jawab 1000


3) Berikan jawapan ikut keadaan semasa bukan macam dalam buku


4) Buat persediaan tentang maklumat syarikat dan jawatan yang dipohon


5) Berjalan dan elakkan duduk sahaja semasa tunggu giliran. Sebabnya ini boleh mengaktifkan kita dan mengurangkan tekanan dan nervous. Hehe


memang pelik sikit cara aku ni. Tapi itu yang aku selalu amalkan. Alhamdulillah...semua akan ok!



Ok. Tu je untuk malam ni. Daa...




Assalamualaikum!

Saturday, January 11, 2014

Wedges Homemade

Assalamualaikum.  Hye!

Hmm... alhamdulillah. Rezeki makanan mencurah-curah ke ladang gandum. Heheh... baru saja balik dari pasar malam.  Beli bakso tapi kurang ummmp. Tapi tak apalah.  Itu rezeki kita. Syukurlah. 

Sambil-sambil tengok tv ni...belek-beleklah gambar dalam phone. Teringat buat wedges hari tu. Rasa macam nak buat lagi je.

Paling kurang boleh jimat. Dah tak payah beli kedai dah. Ini wedges homemade punya. 



Bahan-bahannya mudah jer

4biji ubi kentang
Tepung segera kentucky
1biji telur

Cara-caranya:-
1) Rebus ubi kentang sehingga empuk
Tapi jangan terlalu empuk taw.. haaa..agak2 boleh cucuk dengan garfu tu kira ok la tu. Kemudian baru toskan.

2) Potong ubi kentang mengikut saiz yang sesuai. Agak-agakla potong tu yer. Potong memanjang ala-ala wedges kfc tu. Jangan buat bentuk cube pulak....hehe

3) Celupkan kedalam bancuhan telur.

4) Golekkan diatas tepung segera kentucky. Ini dayah beli jenama Adabi tu. Tak perlu tambah perasa dah.

5) Gorengkan didalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan. Haa..part ni tuan puan tak perlu goreng lama2 atau slowkan api sebabnya ubi tadi dah direbus empuk pun. Tak perlu risau ubi tak masak.hehe..

6) Hidangkan sementara masih panas. Karang sejuk tak sodap pulak kan. Kalau ada sos cheesy meleleh tu memang best lah...

selamat mencuba (^_~) ¥

1st Entry Hidayah

Assalamualaikum.  Hye!

Ok. Ini blog saya. Baru nak start asah jari. Dah lama rasanya tak menaip panjang. Apapun, semoga diri saya dan diri anda sihat belaka plus lagi diredhaiNya.

INI sajalah 1st entry hidayah buat masa ni.
Daaa....

Assalamualaikum!