Sunday, January 12, 2014

Interview lagi dan lagi



Assalamualaikum, Hye!



Alhamdulillah. ... perut kenyang lagi. Malam ni masak ala kadar je. Tomyam malas namanya. Sebabnya taruk kiub je.


Sebenarnya tengah memikirkan interview Selasa ni. Cuti hujung minggu pun tak prepare apa lagi.


Nervous pula rasanya. Hampir 3 bulan tak rasa interview. Sejak masuk iCIMB tu. Ikutkan hati malas rasanya nak bertukar kerja ni.


Kerja di iCIMB tu pun dah cukup best dah. Kerjanya office hour. Staff semua best2. Gaji pun RM 2k keatas. Pergi kerja jalan kaki je. Dekat sangat dah. Tapi apakan daya. Contract hanya 3 bulan sahaja. Entah dapat renew ke tidak masih belum pasti.


So, sekarang ni tengah berusaha untuk dapatkan kerja yang sesuai secepat mungkin. 3 Februari ni dah nak tamat dah.


Apapun, interview kali ni kena buat yang terbaik. Antara tips2 yang aku selalu amalkan:-



1) Doa dan zikir sebelum masuk bilik interview.


2) Ringankan mulut. Dia tanya 1, aku jawab 1000


3) Berikan jawapan ikut keadaan semasa bukan macam dalam buku


4) Buat persediaan tentang maklumat syarikat dan jawatan yang dipohon


5) Berjalan dan elakkan duduk sahaja semasa tunggu giliran. Sebabnya ini boleh mengaktifkan kita dan mengurangkan tekanan dan nervous. Hehe


memang pelik sikit cara aku ni. Tapi itu yang aku selalu amalkan. Alhamdulillah...semua akan ok!



Ok. Tu je untuk malam ni. Daa...




Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment